Jumaat, 25 Januari 2013

Krim pemutih mengandungi merkuri amat merbahaya

24 Jan - Ramai wanita di luar sana idamkan kulit muka yang cantik, lincin dan tidak ketingalan juga yang inginkan kulit muka yang putih bersih. Terlalu banyak produk kecantikan di luar sana yang menawarkan krim pemutih yang menjanjikan keberkesanan yang cepat dan segera. Ini telah membuatkan ramai wanita sangat teruja dan ingin mencubanya tanpa berfikir panjang dan tidak meneliti kandungan yang terdapat dalam krim pemutih tersebut.





Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, krim pemutih muka mengandungi dua peratus dan lima peratusan hidrokuinon yang boleh mengakibatkan kulit wajah rosak. Krim yang mengandungi hidrokuinon ini berfungsi dengan bertindak menghilangkan bintik-bintik hitam sekaligus mencerahkan wajah. Walaubagaimana pun, pemakaian krim pemutih berlebihan tetap mempunyai risiko yang boleh menyebabkan kesan iritasi dan kulit sedikit terbakar. 

Apa yang lebih menakutkan dan lebih bahaya ialah jika krim pemutih yang digunakan mengandungi merkuri. Merkuri sememangnya menjadikan kulit wajah nampak putih dan mulus tetapi merkuri ini akan mendap di bawah lapisan kulit dan lama-kelamaan kulit menjadi kehitaman sehingga boleh menyebabkan kanser. 

Kita perlu berhati-hati dengan produk kecantikan ini dan perlu mengetahui krim pemutih yang mengandungi merkuri. Jika bau krim pemutih itu agak kuat ia patut dielakkan, begitu juga krim yang berwarna putih dan kuning tetapi tidak semua mengandungi merkuri. Selain itu, ciri spesifik krim yang mengandungi merkuri ialah agak mengilat warnanya. Yang paling penting jangan mudah terpedaya dengan krim pemutih yang berkesan dalam waktu yang singkat. Jika kita memakai krim pemutih yang mngandungi merkuri ini kulit wajah kita lebih sensitif pada sinar matahari serta kulit terasa pedih dan kemerahan di awal pemakaian. 

Jika anda sayangkan kulit wajah anda, ingat sentiasa berhati-hati dalam memilih apa jua produk kecantikan terutama krim pemutih yang mengandungi merkuri yang amat merbahaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes