"Orang perempuan tidak boleh makan nanas atau timun banyak-banyak, nanti keputihan." Benarkah begitu? Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Andalas Padang, Dr. Yusrawati yang juga Pakar Sakit Puan, secara tegas menolak mitos itu. Menurut beliau, tiada sebarang buah-buahan yang menyebabkan keputihan. Semua buah-buahan berfungsi menjaga kesihatan tubuh, termasuk kesihatan organ intim wanita, jantung dan kulit. Bahkan tegas beliau, buah-buahan termasuk nanas mahu pun pisang perlu dimakan agar tubuh dapat menahan kulat atau keputihan. "Sebaliknya, kurang makan buah-buahan boleh menimbulkan keputihan. Sebabnya, daya tahan tubuh akan merosot sekali gus memudahkan kulat tumbuh," jelas doktor pakar obstetrik dan ginekologi itu.Justeru, Dr. Yusrawati mengesyorkan agar setiap...