Selasa, 23 Oktober 2012

Tips Menang Di Ranjang (Untuk Suami)

Meskipun anda dikatakan hebat ketika diranjang, adakalanya lelaki terlupa beberapa perkara yang boleh membantunya untuk sentiasa menang dalam "pertarungan". Di sini beberapa tips sebagai panduan untuk lelaki yang bergelar SUAMI.

1. Mengatur tempat.
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses bercumbu dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks. Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah tempat tidur pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya dan mencipta suasana romantik.
2. Pemanasan. 
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting dalam hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita. Namun begitu ramai lelaki menganggap foreplay hanya perkara membuang masa dan seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Bagi wanita inilah sebenarnya bahagian yang paling disenangi dan ingin dinikmatinya. 
  
3. Tahan keinginan. 
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang lama untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri sendiri. Puaskanlah terebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah pekara inilah yang membuatkan isteri lebih menyayangi pasangan. 

4. Fahami Bahasa tubuh. 
Wanita sememangnya jarang unntuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang diiginkan di tempat tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibawa dengan petunjuk bahasa tubuh. Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin memberitahu sesuatu kepada anda secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan, inilah waktunya untuk meningkatkan "volume" sentuhan. ..

5. Jangan melakukan gaya yang keterlaluan. 
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi dan selalu ingin mencuba gaya baru di tempat tidur. Pastikan kesediaan isteri dahulu sebelum merancang membuat gaya yang baru, jangan melakukan kesilapan. Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-aksi baru terutama yang keterlaluan. Sekiranya anda mahu mencuba aksi-aksi baru, perkenalkanlah posisi dan fantasi anda secara perlahan lahan kepadanya. Pujuk dengan cara yang betul iaitu dengan lembut dan mesra sehinggalah mendapat persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksinya, kerana mungkin pasangan anda tidak menyukainya. 

6. Jangan abaikan pasangan. 
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi . Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati kepuasan. Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu, peluk dan cium dan genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta dengan menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes