Remaja atau remaja belasan tahun seringkali mengalami rasa tidak selesa atau sakit ketika datang haid. Ia bermula antara 6 bulan hingga 2 tahun dari kedatangan haid yang pertama. Keadaan ini juga dikenali sebagai dismenorhea atau kekejangan haid.
Apakah Penyebabnya?
- Biasanya ia berlaku ketika pengovulan (telur dikeluarkan dari ovari)
- Apabila seseorang wanita itu memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid.
Gejala-Gejala Biasa
- Kekejangan otot di bahagian bawah abdomen dan sakit belakang.
- Kelesuan
- Loya dan muntah
- Sakit kepala
- Keletihan dan pening
- Dalam beberapa kes kesakitan tersebut merebak hingga ke bahagian sulit seperti bahagian peha dalam.
Jenis-jenis Sakit Haid (dismenorhea)
Primer:
- Berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid. Ianya akan berkurang apabila umur mereka meningkat atau selepas melahirkan anak.
Sekunder:
- Disebabkan oleh masalah-masalah sistem pembiakan seperti jangkitan kuman, endometriosis (kehadiran bahan berselaput dalam rongga pelvis).
Penjagaan sendiri
- Baring melentang dengan meletakkan bantal di bawah lutut anda sebagai pengampu/penyokong.
- Letakkan pad panas atau botol air panas di atas abdomen anda atau di bahagian bawah belakang anda.
- Mandi dengan air suam.
- Urut di bahagian yang sakit.
- Lakukan senaman ringan untuk meningkatkan pengaliran darah dan mengurangkan sakit pelvis.
- Teknik-teknik relaksasi
- Banyakkan berehat
- Atasi stres anda. Katakan 'tidak' kepada tekanan.
- Dapatkan tidur yang berkala/tetap ketika hendak datang haid.
- Pengawalan pemakanan.
- Tingkatkan pengambilan serat dan minum lebih banyak air untuk mencegah sembelit.
- Minum secawan teh pudina panas untuk melegakan kesakitan anda .
Rawatan
Rawatan perubatan yang boleh didapati termasuklah:
- Ubat penahan sakit seperti parasetamol, salisilat, ubat asid mefenamik atau ibuprofen. Walau bagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan ini.
- Pil-pil perancang keluarga atau kontraseptif yang diambil secara oral (menelan) boleh mengurangkan kesakitan haid primer.
- Sakit haid sekunder memerlukan nasihat doktor untuk rawatan yang berkesan.
- Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.
- Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.
0 ulasan:
Catat Ulasan