
Tindak-balas di dalam hubungan seks bagi wanita terbahagi kepada empat peringkat:-1. Peringkat Ransangan Ini merupakan peringkat awal sebelum mengadakan hubungan jenis atau bersetubuh. Ransangan seks bagi wanita berbeza kerana ini bergantung kepada proses pusingan haid setiap bulan. Ketika berada di dalam peringkat ini, puting buah dada isteri akan menonjol keluar dan sekitar buah dada akan membengkak. Clitoris akan membesar dan "labia minora" akan menjadi tebal dan lembut sebaik sahaja darah tertumpu pada bahagian ini.Dalam waktu yang sama, cecair akan mengalir masuk ke tisu-tisu "pelvic" dan faraj akan menjadi lembab dan sudah sedia untuk menerima kemasukkan zakar. Dua kelenjar kecil di pintu faraj juga akan mengeluarkan cecair supaya...