KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita adalah masih rendah walaupun terdapat banyak kempen kesedaran yang dilakukan pelbagai pihak, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. “Sikap ambil mudah dan tahap pengetahuan yang rendah terhadap kanser berkenaan juga dikenal pasti sebagai punca peningkatan kadar kematian di kalangan wanita 40 tahun ke atas selain kekal sebagai kanser pembunuh nombor satu kepada wanita di negara ini. “Laporan mengenai Program Mamogram Bersubsidi oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pula menunjukkan wanita berketurunan Cina paling ramai melakukan pemeriksaan payudara iaitu 67 peratus berbanding wanita Melayu; 32 peratus diikuti wanita India;...