Khamis, 12 April 2012

Petanda Awal Ibu Mengandung | Simtom atau Gejala Kehamilan

Seperti yang kita ketahui, jika seseorang wanita itu mengalami kehamilan, maka akan adalah simtom atau tanda-tanda kehamilan dan yang biasa kita sudah ketahui ialah seperti:Tidak Datang haid.Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.Anda mungkin membenci makanan.Namun begitu, selain tanda-tanda mengandung atau simtom kehamilan diatas, sebenarnya terdapat beberapa lagi simtom kehamilan yang mungkin ramai diantara kita belum ketahuinya walaupun sudah pernah lalui. Jadi, mari kita lihat apakah gejala-gejala di awal kehamilan yang dapat diketahui lebih awal kehamilan...

Jerawat - Tips dan petua.

Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.Punca jerawat.Faktor hormon terutama untuk perempuan...

Petua Mengelakkan Rambut Gugur

Ada beberapa petua yang dijumpai dalam internet ini untuk mengelakkan dari keguguran rambut…dan setelah dimentelaah dan di perhatikan betul2, lidah buaya merupakan antara kaedah terbaik untuk mengubati penyakit yang sememangnya telah menjadi salah satu kehidupan manusia. Mari kita melihat petua-petua nya :Petua pertamaKeguguran rambut akibat dari banyak sebab. Kebiasaannya dialami oleh yang baru lepas bersalin. Ini perlu dijaga kerana rambut adalah mahkota seorang wanita. Bagi muslimah yang memakai tudung pula adalah juga satu faktor menyebabkan keguguran rambut tapi itu bukan satu alasan tidak memakai tudung. Ikutilah petua ini langkah demi langkah untuk mendapatkan rambut yang cantik dan wangi.Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama...

Selasa, 10 April 2012

Rawatan Mandul Lelaki

Ramai lelaki mandul tidak tahu yang mereka mandul. Disebabkan ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi ramai lelaki, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur. Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri.Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah kegagalan melakukan seks penetratif dan kemampuan ejakulasi. Tanpa ejakulasi, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur.Jika ada ejakulasi, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal.Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda...

Lambat Dapat Zuriat - Adakah Mandul?

Saya berusia 29 tahun dan mendirikan rumah tangga kira-kira enam bulan namun masih belum ada tanda hamil.Saya mengalami masalah angin yang banyak dalam badan terutama pada ulu hati dan perut tetapi sukar untuk mengeluarkan angin itu. Adakah masalah angin terlalu banyak di dalam badan menyebabkan saya sukar mendapat zuriat?Selepas bersama suami, air maninya keluar dan kadangkala ada darah berwarna coklat keluar. Apakah yang harus saya lakukan?IRA,Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.JawapanBelum hamil dalam usia perkahwinan seperti puan bukanlah bermakna puan mempunyai masalah kesuburan. Peluang sesuatu pasangan untuk hamil dalam mana-mana bulan hanyalah 15 hingga 20 peratus saja, bukannya 100 peratus. Ini bermakna, setiap bulan, hanya 15 hingga 20 daripada 100 pasangan saja yang berjaya hamil.Setelah...

Kenapa Seseorang Itu Mandul / Tidak Subur

1.Antara sebab-sebab kemandulan, tidak subur, sukar mendapat zuriat :-2.Faktor kedua Suami dan Isteri;3.Suami atau isteri tidak subur4.Kahwin lewat5.Usia suami atau isteri melebihi 35 tahun6.Masalah jangkitan kuman, bakteria, virus, dll7.Masalah penyakit kronik saperti lelah, jantung, TB, Hepatitis, kanser, ketagihan dadah, darah tinggi,kencing manis, sawan, dll8.Nafsu seks suami dan isteri menurun9.Faktor persekitaran, makanan, minuman, udara yang tercemar. Contoh sayuran yang terdedah kepada bahan-bahan baja yang berkimia, air yang mengandungi banyak lebihan klorin, merokok, asap kereta, dll10.Berat badan yang berlebihan, akibat banyak lemak.11.Airmani lelaki menurun, lemah dan tidak mencukupi, ...

Keputihan wanita – Masalah Keputihan Tanda tidak subur?

Berbicara tentang masalah mandul, seseorang wanita yang mengalami keputihan tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan masalah kemandulan atau tidak subur tetapi…Tetapi ada kemungkinan jikalau bakteria yang berpunca daripada keputihan ini dapat memasuki pelvis yang mana saluran felopio (fallopian tube) dijangkiti kuman dan tersumbat maka ini boleh menyebabkan mandul. Namun, ia berlaku secara tidak langsung.Walaupun masalah keputihan tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan punca mandul. Namun, ada kes pesakit yang mengalami masalah mengandung luar rahim. Puncanya tidak jelas tetapi ia mungkin berkaitan. Oleh itu, setiap wanita yang merasakan mereka mengalami masalah kesuburan atau keputihan, perlu membuat pemeriksaan doktor segera.Justeru itu, setiap wanita digalakkan melakukan pemeriksaan...

Masalah Keputihan Wanita – Punca Dan Cara Rawatan

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes